Pages

wow


Thursday, August 29, 2013

Mood orang gile cam aku..

Alkisah terjadi pada 30/8/2013


12.54 am :   Ok done text him.. (Bdk gelak comel mihmihmih)
1.00 am   :   Arghhh ta reply pun my msj
1.04 am   :   Ishhhhhh...
1.10 am   :   Dengar lagu KITA FORTEEN
1.15 am   :   No body2 want u... okeh maknanye dia ta na reply
1.24 am   :   Pliss la.. Terima kenyataan dia sudah TIDO okeh...
1.25 am   :   Na tulis dalam blog...
1.30 am   :   Na merajuk la esok..
1.35 am   :   Sudah la..


Okeh xd answer pape.. think3...

Itu la bila terjadi bila Si DIA sebenarnya sudah tidur hahaha..
Tapi sebenarnya Si Dia masih merajuk dengan sikap aku..
Si Dia kata aku ni asyik main2 je..
Tapi bukan begitu..

Patut la aku rasa aku sikap aku yang cepat terasa..
Wake up la... Ishh tak kan na tunggu sampai pagi esok kot..
Jemu..

Si Dia cakap bila aku perlu kan dia baru aku text dia..
Oh.. Aku bukan begitu.. (kadang2 je)
So so SAD...
Waiting for you...
Begini la hati Si Dia rasa juga???


Bila hati sedang merindu!!!



Thursday, August 1, 2013

Bila kita stress..

Wahh bila stress je baru la ada mood na buka belog..
Kenapa kita STRESS??

Kadang2 kan saje je la sebab banyak masalah tapi kan bila baring2 jap pastu baru terpikir stress tu..
Tapi sebenarnya semua masalah tu boleh setel. hehe..
Bagi masalah yang tidak boleh setel tu baru la dipanggil stress kan2..

Bila stress je selalu je na marah orang..
Kalau tiada orang kucing pun jadi la.. wey c'mon la makhluk tidak bersalah pun kena marah..

Aku selalu mengingatkan diri aku supaya lebih bertenang dan lebih bersabar..
Tak tahan sangat baru la aku menjerit..
Arghhhh.....

Tapi kan aku lagi suka dengar lagu..
Pastu keadaan jadi lebih gembira haha..
Baca pulak komik cinta..
Lagi la happening..
P/S: Kalau putus cinta jangan baca komik cinta okeh...

Kalau tak boleh jugak apa kata kita pergi bilik air..
Ambil wuduk dan sembahyang..
Lebih menenangkan diri sewaktu mengadap Ilahi..







Senyumlah wahai hati



Saturday, July 20, 2013

Insan bernama LELAKI..

 Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. Sebab itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda terlihat mempesona.

 Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah.
  Ketika saat ini dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti anda tidak pernah ada di hatinya.
 Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi saling mencuba untuk memahami satu sama lain.
 Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini.
 “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda.
 Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda.
 Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona.
 Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda. Termasuk menceritakan kisahnya bekas kekasihnya, walaupun kadang-kadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada anda.
 Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda.
 Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan anda!.
 Lelaki ingin selalu berkongsi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda.
 Sesekali, lelaki juga menangis. Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana anda ada untuknya.
 Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
 Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. Inilah yang membuat mereka gagal menelefon anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana anda memberikan respon yang negatif.
 Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita.
 Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. Seperti wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu.
 Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. Percayalah, jika anda melakukan ini pada kekasih anda, maka ia akan terus menerus merindukan anda.
 Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda.
 Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berfikir ketika anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, ertinya mereka tidak mahu melakukannya. Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong.
 Jika anda berkata tidak, yang ada di dalam fikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi”. Masihkah anda ingat saat dia meminta anda menjadi kekasihnya dulu-dulu?.
 Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi susah bagi mereka untuk memahami anda. Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah difahami.
 Lelaki benci gay! Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya.
 Lelaki sangat menyayangi ibunya.
 Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk anda nanti.
 Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka, tetapi bukan bererti mereka menyukai wanita itu.
  Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri anda.
 Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan bahawa anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
 Bukan perempuan saja yang gemar bergosip, lelaki juga selalu bergosip ketika bersama-sama kawannya.
 Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat anda bersedih.
 Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan dan menerima apa adanya.
 Boleh saja membuat lelaki penasaran pada anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
 Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
 Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
 Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
 Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
 Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, anda cukup mendengarkannya sahaja. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
 Jika ada seorang lelaki menyukai anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu.
 Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan anda dari lelaki lain. Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall.
 Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas, berbanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
 Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan. Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.
 Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
 Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.
 Kadang-kadang, lelaki terlalu banyak berfikiran negatif berbanding positif.
 Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga.
 Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan wanita khususnya, termasuk anda.
 Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone anda.
 Jika anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari anda.
 Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.


Adakah TOP begitu??? huwaaaaaaa... ok saya suka KPOP!!!

Berangan je taw

Kisah suami dan isteri

Tiba2 aku ada mood na baca story ni.. betulkah didunia nyata.. kawen?? takot... hehe..


"Ada aku kisah isteri dan anak2ku sudah makan atau belum... 
Ada aku kisah jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak.... 
Ada aku kisah jika isteriku berhempas pulas di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur... 
Ada aku kisah siapa yang mengambil berat tentang keperluan anak2, membeli susu dan pampers dan ubat-ubatan ketika anak2ku demam dan meragam… 
Ada aku kisah siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram.... 
Ada aku kisah dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku... 
Ada aku kisah betapa isteriku tak pernah jemu menyediakan kelengkapan diriku, meletak baju, stoking, pakaian dalam dan sapu tangan dengan kemas setiap hari aku nak pergi kerja… 
Ada aku kisah bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami... 
Ada aku kisah apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan masam...
Ada aku kisah adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku cukup atau tidak ketika aku hendak kepergian.... 
Ada aku kisah betapa pedihnya hati isteriku bila aku memarahinya… memaki hamunnya dengan kata2 kesat setiap kali dia melakukan kesilapan kecil yang tak disengajakan… 
Ada aku kisah apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar... 
Ada aku kisah jika isteriku saban malam terpaksa bangun membuatkan susu untuk anak2ku… melayan kerenah anak2ku, merengek, menangis di kala mereka demam… 
Ada aku kisah berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa.... 
Ada aku kisah bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku... 
Ada aku kisah bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu kepada anak-anakku… 
Ada aku kisah kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata.... 
Ada aku kisah jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku... dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....





Tiba-tiba aku MENJADI KISAH dan MENGAMBIL KISAH… 
Ketika telefon isteriku berdering di malam hari... 
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting... 
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh cinta padanya...
 Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan… 
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya.... 
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku..... 
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ... 
Ketika dia tidak lagi menyediakan keperluan pakaianku ketika aku mahu ke tempat kerja…
 Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak KISAH kat aku? "



Wah tiba2 ada mood orang putiss nangis haha... 

P/S : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri… Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita… Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya… Dan selalulah ingat bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.


Be careful...

Friday, July 19, 2013

Budak baru couple seminggu..

Hangat tak entry kali ini??
kikiki..
Aku saja post cmni sebab aku nak tunjuk korang versi SAMAD MACCABOY..
Perghh memang syok.. 
Untuk sape2 yang tengah bersedih tu sila la..
Layan dulu..



Haha memang ta tahan ak gelak..
Ok cover sikit sebab bulan puasa ni okehh..
tapi memang terbaik..

Untuk Puteri Awani semoga tabah menghadapi liku2 perjalanan hidup!!!



Just joke!!


Khasiat tomato..

Wahh kenapa kah dengan aku hari ini tiba2 buat entry tomato??
Aku paling benci tomato waktu zaman 'Dragon Ball' lagi haha..
Sekarang memasak mesti tercari2 tomato..




Sebab kulit aku memang bermasalah..
Mesti jerawat naik..
Pernah sekali tu naik sampai malu la aku na jumpa orang..
memang banyak tahap gila2..
Sampai aku p New York Skin Care..
Tapi aku mana la mampu hihi..
Disebabkan itu aku guna cara tradisional..
Walau tidak la serajin yang disangka hahaha tapi kesan dia sangat la berguna..

Ada apa ye??? Jom baca..

P/S: Sebelum pakai pada wajah silalah membersihkan wajah dulu dengan AIR SUAM.. Nanti nutrisi MRs.Tomato dapat menyerap dengan baik...


  • Khasiat tomato  berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. 
  • Tomato boleh merawat masalah kulit seperti jerawat . Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat itu hilang. Ia juga boleh membersihkan kulit wajah anda. Dengan menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit. 
  • Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E dimana kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit. 
  • Menggunakan cara yang mudah, tanpa mengeluarkan belanja yang banyak sesiapa juga boleh melakukannya. Sama ada buah-buahan ini diletakkan pada wajah begitu saja atau dilenyek dijadikan masker, jika dilakukan secara berkala akan memberikan kesan menakjubkan pada kulit.  
  • SUMBER dari YAHOO!!! copy sudah la..


FAV menu

Puisi dari hati

Sepi itu sendiri..
Meratapi kehidupan..
Perjalanan yang panjang..

Terasa keseorangan..
Walau ditemani..
Hidup masih sepi..

Sedarlah wahai diri..
Hidup hanya sekali..
Didunia banyak khilaf..

Hati kanan luka..
Hati kiri pedih..
Tabah menghadapi..

Biar waktu menentukan..
Niat untuk bersama..
Tidak mungkin untuk kali ini..
Masih menghitung hari..






Nurkilan dari hati