Pages

wow


Friday, July 19, 2013

Khasiat tomato..

Wahh kenapa kah dengan aku hari ini tiba2 buat entry tomato??
Aku paling benci tomato waktu zaman 'Dragon Ball' lagi haha..
Sekarang memasak mesti tercari2 tomato..




Sebab kulit aku memang bermasalah..
Mesti jerawat naik..
Pernah sekali tu naik sampai malu la aku na jumpa orang..
memang banyak tahap gila2..
Sampai aku p New York Skin Care..
Tapi aku mana la mampu hihi..
Disebabkan itu aku guna cara tradisional..
Walau tidak la serajin yang disangka hahaha tapi kesan dia sangat la berguna..

Ada apa ye??? Jom baca..

P/S: Sebelum pakai pada wajah silalah membersihkan wajah dulu dengan AIR SUAM.. Nanti nutrisi MRs.Tomato dapat menyerap dengan baik...


  • Khasiat tomato  berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. 
  • Tomato boleh merawat masalah kulit seperti jerawat . Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat itu hilang. Ia juga boleh membersihkan kulit wajah anda. Dengan menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit. 
  • Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E dimana kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit. 
  • Menggunakan cara yang mudah, tanpa mengeluarkan belanja yang banyak sesiapa juga boleh melakukannya. Sama ada buah-buahan ini diletakkan pada wajah begitu saja atau dilenyek dijadikan masker, jika dilakukan secara berkala akan memberikan kesan menakjubkan pada kulit.  
  • SUMBER dari YAHOO!!! copy sudah la..


FAV menu

No comments:

Post a Comment