Pages

wow


Thursday, July 18, 2013

Menangis dalam hati..

Hanya Allah S.W.T yang tahu perasaanku..
Betapa aku menyayangi dirimu..
Tapi aku tetap tabahkan hatiku..
Kuatkan semangatku..
Aku tahu aku boleh..

Kadang2 kita terasa jalan yang ditakdirkan untuk kita mungkin salah..
Tapi ini semua adalah ketentuan-NYA..
Kita  terima dan redha..
Qada dan Qadar..

Inilah takdir hidupku..
Teruskan selagi masih bernafas..
Kita seharusnya bersyukur..
Masih diberi kesempatan untuk melihat dia gembira..

Tangisan ini tidak bermakna lagi..
Kita yang memilih jalan ini..
Tidak mungkin boleh berpatah balik..
Biarlah dia meneruskan hidup dia juga..
Dari jauh diriku memohon doa semoga dia bahagia dengan kehidupannya..
Amin..

Biarlah kenangan manis pahit ini tersemat dalam jiwa dan hatiku yang lara..
Mungkin kadang kala dirimu teringat diriku dan aku mengharapkan sangat..
Mungkin tidak untuk bertentang mata..
Diriku dihimpit rasa bersalah kerana memungkiri janji.. 
Semoga dirimu memaafkan segala-galanya..

Dirimulah sahabat dan cinta hati saya yang tidak terluah..
Kerana dirimu telah memberikan semangat dan kekuatan pada diri ini apabila aku dilukai..
Tapi sekarang segala-galanya lenyap..
Kerana keputusan diriku untuk tidak menghimpit dirimu dengan cerita-cerita laraku..
Walaupun dirimu pernah menjadi pendengar setiaku..

Aku takut disini akan terluka lagi..
Biarlah aku berkorban perasaanku..
Kerana aku telah menjadi miliknya..

Aku sangat berharap dikau disana bahagia..
Terima kasih untuk segala-galanya..
Mungkin tiada jodoh untuk kita..

Nineball-Hingga akhir waktu




Rintihan diriku








No comments:

Post a Comment